Untuk semua ahli –ahli dan AJK Wanita JIM Sepang,
Akhwat yg dikasihi dan dirahmati Allah,

Alhamdulilah kita panjatkan kesyukuran pada Allah swt, kerana masih lagi diberi nikmat hidup dan nikmat Islam selepas selamat menjalani tarbiyyah puasa di bulan Ramadan 1430H yg lalu. Semoga bulan Syawal yg mulia ini menjadikan kita insan yg lebih baik dari sebelumnya dan lebih meningkat iman, ibadah dan taqwa kita kepada Allah.
Tahniah diatas kejayaan semua mengharungi ujian ibadah.

Sebagai muhasabah kepada diri saya dan juga kepada semua sahabat, rakan dan taulan, jadikanlah Ramadan lalu sebagai satu persediaan diri dan kekuatan dalaman untuk kita mengharungi bulan-bulan seterusnya. Hari Raya Aidil Fitri sebagai meraikan kejayaan berpuasa dan seharusnya ditingkatkan lagi amal kebaikan dan kesyukuran kepada Allah, semoga ibadah kita diterima dengan sempurna. Sessungguhnya, Allah itu maha penyayang , diberi lagi tambahan pahala kepada sesiapa berpuasa enam di bulan Syawal ini. Semoga usaha ibadah dan dakwah yang dilaksanakan mendapat keredhaan, keberkatan dan pembalasan yang baik daripada Allah s.w.t.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. “ (Al-Taubah: 105)

Untuk peringatan semua, perkongsian wawasan dan misi JIM perlu diambil perhatian dan dilaksanakan oleh semua JIM Daerah dan Wanita. Oleh itu, saya berharap semua AJK dan ahli dapat mengembelengkan tenaga, berkorban masa , tenaga dan harta dan memfokuskan aktivisme kita selaras dengan misi dan visi JIM, supaya usaha ini menjadi antara langkah- langkah awal kepada persediaan perlaksanaan syariat Islam di Malaysia (mungkin sebelum 2020), Insyaallah. Kita yakin dengan janji Allah dalam surah berikut;
“Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik.” (Al-Fath: 16)

Sekian, dahulu semoga Allah mengurniakan kita kesihatan yang baik, masa yang lapang, kesenangan dan kekayaan dan nikmat kehidupan sebelum tiba saat kesakitan, kesibukan, kesusahan, kemiskinan dan , yang pasti kematian.
Wassalam.

Amalina Abdullah
11 Syawal 1430 Hijrah/ 30 September 2009


This entry was posted on Tuesday, October 13, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: