Disediakan oleh : Juhari Hassan


Alhamdulillah, program (Grill d'Orchid @ 2B2Q) kita pada hujung minggu lepas, berlangsung dengan jayanya. Jumlah peserta semua sekali : 95 orang

Terima kasih semua barisan AJK Daerah, AJK Wanita, AJK Program , para ibubapa, remaja, belia dan IPT.
Segala sumbangan tenaga, idea dan jasa antum, moga ALLAH jua yang membalasnya. (Contohnya.. ..urusan tapak ekspo, pinjaman khemah, pinjaman dapur, memerap ayam, pot luck daripada wanita, program cungkil gangstars, star wars game.....qiam dan yang lain2 yang tak dapat sebut disini)



Feedback daripada peserta untuk program ini. Perlu adakan lagi program2 lain..seperti bowling, futsal, paintball dan perkhemahan. Masa yang singkat ini tak sempat menggaulkan semua peserta, masih terdapat kelompok-kelompok yang ketara.
Penglibatan daripada pelbagai golongan bagus, cuma tak dapat nak taaruf semua golongan. (remaja, belia, IPT dan pakcik2makcik2)

Ada juga yang mencadangkan program sebegini 2x setahun.
Sebagai manusia biasa, pasti penat dan sakit sana-sini memang tak boleh di elakkan. Namun ianya puas dan tersenyum sendiri kerana semunya telah terlaksana seperti yang di rancang, malah kita ditakdirkan dan terpilih untuk sama-sama menjayakannya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Program sebegini harus diteruskan. Jalinan ukhuwah sesama anak2 remaja, belia, IPT dan ikhwah akhawat mesti di teruskan. Sekiranya respon memberangsangkan program sebegini boleh di adakan lagi, InsyaAllah. (bergantung kepada kelulusan pihak AJK Daerah & Wanita).
Posmortem?.. ...ok boleh jugak. Sekali lagi.....Jazzakumul lah khairan kathira.
Di padang inilah kami berpeluang melaksanakan Qiammualail. Sejuknya bila dahi dan muka sujud serta bersentuh dengan embun-embun di rumput. Alhamdulillah tenang dan damainya jiwa.


Bilakah kita boleh berprogram bersama lagi?....


Pengenalan
WANITA JIM SEPANG adalah salah satu dari 59 cawangan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di seluruh Malaysia. Ia mula bertapak di Taman Sri Serdang seawal penubuhan induknya pada tahun 1993.

Wanita JIM adalah sayap wanita dalam Pertubuhan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). JIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 27 Julai 1990. Manakala Wanita JIM pula telah berdaftar sebagai sayap wanita pada tahun 1993.

Wanita JIM memberikan tumpuan membina imej dan membentuk wanita Islam bagi memiliki identity fundamental dari sudut pegangan dan kontemporari dalam setiap pendekatan kehidupan.

Wanita JIM juga bermatlamat melengkapi wanita dengan keupayaan memimpin yang tinggi dan profesional.

Wanita JIM membuka ruang untuk semua wanita dari badan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (women's NGO) untuk bekerjasama, bermuafakat dan mencapai persefahaman untuk kebaikan wanita seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sosio-politik.

Kronolgi Kepimpinan Wanita JIM Sepang
Pn Mazenah Abu Bakar ( 1990-1991 )
Pn Rosnah Mohd Yusof ( 1991-1992 )
Pn Rahana Mat Ghani ( 1992-1999 )
Pn Norhasmah Sulaiman ( 1999-2001 )
Pn Marihah Suhaimi ( 2001-2004 )
Pn Rahana Mat Ghani ( 2004-2009 )
Pn Amalina Abdullah ( 2009-sekarang )

Pusat Aktiviti
Wanita JIM Sepang berpejabat di premis Pejabat JIM Daerah Sepang, beralamat di LOT 222, JALAN 18/22, TAMAN SRI SERDANG,43300 SERDANG.

Sumbangan oleh :
Pn Rahana Mat Ghani
Mantan KW Sepang