Disediakan oleh : Juhari Hassan


Alhamdulillah, program (Grill d'Orchid @ 2B2Q) kita pada hujung minggu lepas, berlangsung dengan jayanya. Jumlah peserta semua sekali : 95 orang

Terima kasih semua barisan AJK Daerah, AJK Wanita, AJK Program , para ibubapa, remaja, belia dan IPT.
Segala sumbangan tenaga, idea dan jasa antum, moga ALLAH jua yang membalasnya. (Contohnya.. ..urusan tapak ekspo, pinjaman khemah, pinjaman dapur, memerap ayam, pot luck daripada wanita, program cungkil gangstars, star wars game.....qiam dan yang lain2 yang tak dapat sebut disini)



Feedback daripada peserta untuk program ini. Perlu adakan lagi program2 lain..seperti bowling, futsal, paintball dan perkhemahan. Masa yang singkat ini tak sempat menggaulkan semua peserta, masih terdapat kelompok-kelompok yang ketara.
Penglibatan daripada pelbagai golongan bagus, cuma tak dapat nak taaruf semua golongan. (remaja, belia, IPT dan pakcik2makcik2)

Ada juga yang mencadangkan program sebegini 2x setahun.
Sebagai manusia biasa, pasti penat dan sakit sana-sini memang tak boleh di elakkan. Namun ianya puas dan tersenyum sendiri kerana semunya telah terlaksana seperti yang di rancang, malah kita ditakdirkan dan terpilih untuk sama-sama menjayakannya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Program sebegini harus diteruskan. Jalinan ukhuwah sesama anak2 remaja, belia, IPT dan ikhwah akhawat mesti di teruskan. Sekiranya respon memberangsangkan program sebegini boleh di adakan lagi, InsyaAllah. (bergantung kepada kelulusan pihak AJK Daerah & Wanita).
Posmortem?.. ...ok boleh jugak. Sekali lagi.....Jazzakumul lah khairan kathira.
Di padang inilah kami berpeluang melaksanakan Qiammualail. Sejuknya bila dahi dan muka sujud serta bersentuh dengan embun-embun di rumput. Alhamdulillah tenang dan damainya jiwa.


Bilakah kita boleh berprogram bersama lagi?....


Pengenalan
WANITA JIM SEPANG adalah salah satu dari 59 cawangan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di seluruh Malaysia. Ia mula bertapak di Taman Sri Serdang seawal penubuhan induknya pada tahun 1993.

Wanita JIM adalah sayap wanita dalam Pertubuhan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). JIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 27 Julai 1990. Manakala Wanita JIM pula telah berdaftar sebagai sayap wanita pada tahun 1993.

Wanita JIM memberikan tumpuan membina imej dan membentuk wanita Islam bagi memiliki identity fundamental dari sudut pegangan dan kontemporari dalam setiap pendekatan kehidupan.

Wanita JIM juga bermatlamat melengkapi wanita dengan keupayaan memimpin yang tinggi dan profesional.

Wanita JIM membuka ruang untuk semua wanita dari badan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (women's NGO) untuk bekerjasama, bermuafakat dan mencapai persefahaman untuk kebaikan wanita seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sosio-politik.

Kronolgi Kepimpinan Wanita JIM Sepang
Pn Mazenah Abu Bakar ( 1990-1991 )
Pn Rosnah Mohd Yusof ( 1991-1992 )
Pn Rahana Mat Ghani ( 1992-1999 )
Pn Norhasmah Sulaiman ( 1999-2001 )
Pn Marihah Suhaimi ( 2001-2004 )
Pn Rahana Mat Ghani ( 2004-2009 )
Pn Amalina Abdullah ( 2009-sekarang )

Pusat Aktiviti
Wanita JIM Sepang berpejabat di premis Pejabat JIM Daerah Sepang, beralamat di LOT 222, JALAN 18/22, TAMAN SRI SERDANG,43300 SERDANG.

Sumbangan oleh :
Pn Rahana Mat Ghani
Mantan KW Sepang


Kenyataan Media – Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
8 Disember 2009

PIMPINAN JIM DAN WANITA JIM PUSAT SESI 2009-2011

Pada 4 hingga 6 Disember 2009, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah mengadakan Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) ke-16 dan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke-19 bertempat di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke-19 pada 5 dan 6 Disember 2009 yang bertemakan Membina Permuafakatan Ummah, Alam Dilimpahi Rahmah, barisan pimpinan baru telah dilantik. Berikut adalah senarai pimpinan baru JIM Pusat untuk sesi 2009-2011:


Presiden : Hj. Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden : Hj. Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden : Prof. Dr. Hj. Sahrim AhmadSiraj
Naib Presiden : Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj

Setiausaha Agung : Hj. Nahar Md. Nor
Bendahari : Hj. Tuan Yaacob Tuan Sof

Ketua Wanita : Hjh Che Asmah Ibrahim
Penolong Setiausaha Agung : Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ahli Jawatankuasa : Hj. Ahmad Jamali Sepihie
Hj. Ahmad Raji Yaakub
Hj. Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester Berry
Dr Zulfakar Ramlee
Hj Mokri Sabran
Prof Madya Dr Salwani Mohd Daud
Wan Muhammad Wan Ibrahim.

Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional ke-16 pada 4 Disember 2009 yang bertemakan Memacu Iltizam Mendepani Cabaran Penegakan Syariah juga telah melantik barisan pimpinan baru untuk sesi 2009-2011. Berikut adalah senarai pimpinan baru Wanita JIM Pusat untuk sesi 2009-2011:


Ketua Wanita : Hjh Che Asmah Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita : Hjh Roselainy Abdul Rahman
Setiausaha Kehormat : Hjh Anfaal Saari
Bendahari : Hjh Fairuzana Haneem Mohamed Ali


Ahli Jawatankuasa : Hjh Roha Hassan
Hjh Faridah Maludin
Puan Maryam Aizuddin

Pimpinan JIM Pusat dan Wanita JIM Pusat sesi 2009-2011 berazam untuk meneruskan usaha-usaha pengislahan ke arah pelaksanaan syariah Islam sepenuhnya di negara ini. Kepada Allah kami bertawakkal dan memohon kekuatan.

Hj. Nahar bin Md. Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Sesi 2009-2011


ULASAN UCAPAN DASAR KETUA WANITA JIM PUSAT
SEMPENA PERHIMPUNAN PERWAKILAN WANITA NASIONAL KE-16 (2009)
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)




Assalamualaikum wbk

Ucapan Dasar Ketua Wanita (UDKW) yang bertajuk ’Memacu Iltizam Mendepani Cabaran Penegakan Syariah’ telah disampaikan oleh Ketua Wanita JIM Pusat, Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj sempena Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) Ke-16 pada 4 Disember 2009. Ucapan dasar ini merupakan ucapan dasar yang terakhir bagi beliau setelah menyandang jawatan sebagai Ketua Wanita JIM Pusat selama 10 tahun (1999-2009). Beliau telah menetapkan empat noktah asas sebagai dasar perjuangan yang suci untuk meraih keredhaan Allah swt. Pertama, setiap keputusan dan tindakan perlulah berlandasan Al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, kesediaan di muhasabah sama ada diri, keluarga dan organisasi diperlukan untuk memastikan peningkatan kualiti kerja dakwah. Kedua, kejelasan fikrah dan objektif. Maksudnya ialah kita perlu menyeru manusia agar kembali kepada aqidah dan ketaatan kepada Allah swt bukan menyeru manusia kepada individu, kelompok atau organisasi. Ketiga, kerja dakwah dilakukan tanpa menagih upah. Kerja dakwah perlukan pengorbanan masa, harta dan wang ringgit. Keempat, dakwah memerlukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah penglibatan diri dengan kebajikan umum dan memberikan khidmat kepada masyarakat. Manakala matlamat jangka panjang ialah menanti peluang, menunggu masa yang sesuai, melakukan persediaan yang baik, pembinaan insan dan kesan akhirnya ialah penegakan syariah Allah di atas muka bumi.

Walaubagaimanapun usaha penegakan syariah pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan sama ada dari dalam atau luar. Empat bentuk cabaran dalaman bagi golongan duat ialah keperluan mengenal diri yang sebenar, menguasai ‘ego manusia, menjana keikhlasan dalam setiap tindakan dan menghias diri dengan akhlak terpuji. Keempat-empat cabaran dalaman ini perlu didepani dengan sebaik mungkin bagi memastikan kerja dakwah yang dilakukan ke tahap yang paling maksimum. Antara cabaran luaran pula yang perlu ditangani dengan bijak ialah kejahilan masyarakat, sikap berkecuali ahli agama dan ulama tradisional, kejahatan golongan pembesar, pemerintah serta pihak berkuasa dan kekangan pihak pemerintah. Cabaran luaran ini perlu dikendalikan dengan sejahtera bagi megelakkan impak negatif kepada usaha dakwah.

Prof Madya Dr Harlina juga telah mengariskan tiga fokus iltizam untuk kelangsungan kerja dakwah. Fokus pertama, mengusahakan gandingan pasukan duat senior dan muda bagi memantapkan benteng kekuatan perjuangan dakwah pada masa hadapan. Penghormatan dan penghargaan kepada golongan duat senior diatas kekayaan pengalaman yang dimiliki dan ketangkasaan serta semangat duat muda digabungan akan menghasilkan kombinasi gerak kerja dakwah yang mantap. Fokus kedua, berfikiran kritis, kebolehan membuat keputusan dengan bijak dan kecerdasan emosi mampu menangani kepelbagaian. Fokus ketiga, mengembeling tenaga dan usaha bersama-sama duat wanita dan lelaki sangat penting untuk penegakan syariat. Golongan rijal dan nisa’ perlu berkongi misi dan visi dakwah bagi menghadapi cabaran penegakan syariah Islam di muka bumi.

Disediakan oleh:
Norhasmah Sulaiman
Timbalan Ketua Wanita JIM
Daerah Sepang